i'm daughter... wife... n mum..

i'm daughter... wife... n mum..

Tuesday, 29 May 2012

PENYUSUAN SUSU IBU-PERSEDIAAN KETIKA HAMIL

Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda.
(1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu.
(2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir
(3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.
(4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com
(5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu
- Kellymom
- Website rasmi LLL
(6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran.
(7) Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
                    Masalah puting pendek - Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.

                    Susu tidak keluar - Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.

                    Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.

                     Puting sakit ketika menyusukan bayi - Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.

Yakin dan percaya bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik kelahirannya. Seorang wanita yang normal seharusnya boleh menyusukan bayi mereka. Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep supply & demand. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahiran mereka

SAYA SALAH SEORANG DARINYA

berikut merupakan senarai nama Peer Counselor untuk zon selatan.. dan saya merupakan salah seorang daripadanya.






Senarai Peer Counselor Zon Selatan

PEER COUNSELOR

Saya adalah merupakan salah seorang Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia. Saya telah mengikuti kursus anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor selama 3 hari pada 16-18 September 2011. Ini melayakkan saya untuk menjadi Peer Counselor untuk Zon Selatan.
Antara isi kandungan surat tawaran...
 Dear Ms Sabrina Binti Bahrom
 Invitation to participate in the Malaysian Breastfeeding Peer Counselors Program We are excited to have you as a participant in the Malaysian Breastfeeding Peer Counselor training sessions. Your commitment to breastfeeding and the goals of the Peer Counselor Program will enable mothers who now have a little or no support for breastfeeding to receive the information and encouragement they need to make nursing their babies enjoyable and successful.
In order to become Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, it is important to be in attendance at all sessions. (A make-up session may be scheduled, if necessary). Please plan on arriving fifteen minutes early, so we can begin each session promptly.
Below us additional information you need to know for your training sessions:
Date: 16-18 September 2011
Time: 8:00am to 6:00pm
Location: Dewan Tun Rahah, Universiti Teknologi Malaysia

,

Monday, 28 May 2012

AKHIRNYA TERJEBAK

Akhirnya saya terjebak jugak dalam dunia penulisan blog ni. Sudah lama sebenarnya terperap dan berlapuk.. dan akhirnya…..

SabrinaBahrom

MEMORI LALU

Malam tadi… bila saya masuk tidur, tiba-tiba memori saya sewaktu saya kecil dulu menerjah ke dalam kotak ingatan saya. Saya rindukan zaman kanak-kanak saya. Perkara yang paling saya tidak boleh lupakan adalah suasana ketika berada di kampung ibu saya di Parit Sulong, Batu Pahat.
Saya amat rindukan momen zaman kanak-kanak ketika saya dan sepupu-sepupu kesayangan saya Aisyah dan Ina berlari dan bermain pondok-pondok di rumah peninggalan arwah atok saya. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan arwah atok tapi rumah peninggalannya kepada arwah pakcik saya sentiasa berada dalam ingatan. Rumah itu diwarisi zaman berzaman dari zaman moyang saya. Mak selalu menceritakan zaman kanak-kanaknya bersama adik beradiknya.
Rumah itu sangat nostalgia bagi saya. Walaupun saya tidak duduk di situ tapi setiap sudut dan ruang di dalam rumah itu sentiasa dalam ingatan saya. Rumah arwah atok ketika itu hanyalah rumah papan bertiang dan tidak silap saya, sebahagian daripada atap rumah tersebut merupakan atap nipah. Di bahagian dapur terdapat sebuah dapur kayu lama yang menempatkan kayu-kayu api untuk dijadikan bahan bakar. Di satu sudut di tepi rumah terdapat sebatang pokok limau bali Terdapat juga sebatang parit kecil dan kami terpaksa menyeberang titi untuk menuju ke jalan tanah merah. Saya pernah menaiki bas dari Mersing ke Batu Pahat semata-mata untuk pulang ke kampong untuk bertemu sepupu-sepupu saya dan ketika itu terdapat majlis kenduri tahlil  Seronok bila teringatkan zaman-zaman dahulu.
Di sekeliling rumah atok terdapat pokok-pokok getah. Untuk ke rumah arwah pak long, kami akan melalui kebun-kebun getah tersebut. Sambil itu kami akan mengutip biji-biji getah tersebut. Namun, rumah ini telah tiada sejak pemergian arwah andak (pakcik saya) yang menjaga rumah itu. Saya agak terkilan sebenarnya namun kenangan-kenangan ini umpama klise terhadap cerita-cerita orang lain yang biasa kita dengar tetapi saya tetap merasa senang dan bahagia. Saya tahu masa tidak boleh diputar kembali namun saya rindukan kenangan itu!

SabrinaBahrom